suria

Rumah dirompak lagi... Cole diikat dan diugut

Rumah Cole dirompak buat kali ketiga selepas 2010.

BEKAS bintang Chelsea, Ashley Cole berdepan dengan situasi menakutkan apabila diikat dan diugut oleh sekumpulan perompak di rumahnya.

Kejadian yang berlaku pada 21 Januari lalu, pukul 9.45 malam di Fetcham, Surrey.

Cole dilaporkan diikat di sebuah kerusi, turut diugut  oleh kumpulan perompak itu yang melarikan diri dengan jumlah besar barangan kemas mewah.

Sumber memberitahu: “Ia pengalaman yang menakutkan dan seperti kumpulan profesional serta tahu apa yang mereka buat.”

Cole juga memberitahu dia menggeletar seluruh bdan berikutan kejadian itu, tetapi tidak dicederakan.

Pihak polis Surrey memberitahu: “Siasatan masih dijalankan terhadap kes yang berlaku di Fetcham, pada 21 Januari.

“Perompak-perompak memecah masuk kawasan kediaman melalui pindu depan pukul 9.45 malam.

“Suspek melarikan diri dengan sejumlah barang kemas.

”Cole yang kini bekerja sebagai jurulatih skuad remaja Chelsea mempunyai dua orang anak bersama teman wanitanya Sharon Canu.

Namun tidak dilaporkan sama ada mereka turut berada di rumah atau tidak ketika kejadian berlaku.

Kejadian rompakan ini bukan kali pertama berlaku ke atas Cole selepas 2010 dia turut dirompak di rumah flatnya di Esthter, Surrey.

Ketika itu dia bersama pasukan England.

Malah pada tahun yang sama kediamannya di Surrey yang dikongsi bersama isterinya Cheryl ketika itu turut dimasuki perompak. – dailymail.co.uk

Ashley Cole, Perompak, Diugut

Artikel Lain