suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas presiden kelab Marseille mati akibat Covid-19

Diouf meninggal dunia kerana dijangkiti Covid-19.

PAPE Diouf yang merupakan bekas Presiden Olympique de Marseille meninggal dunia pada usia 68 tahun akibat wabak Covid-19.

Kelab Ligue 1 mengesahkan berita tersebut pada Selasa.

“Dengan penuh kesedihan Olympique de Marseille dimaklumkan dengan kematian Pape Diouf,” jelas satu kenyataan kelab di laman Twitter.

“Pape akan kekal di hati Marseille selamanya, sebagai seorang artkitek dalam sejarah kelab. Kami menzahirkan takziah kepada seluruh keluarganya dan orang tersayang.”

Marseille berkata, pada Selasa Diouf yang lahir di Senegal dan berpindah ke Marseille ketika remaja, dijangkiti Covid-19.

Dia dirawat ibu negara Senegal, Dakar tempat dia menghembuskan nafas terakhir. - Eurosport

Pape Diouf, Marseille, Mati, Covid-19

Artikel Lain