suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Salah mungkin tidak dapat beraksi empat bulan bersama Liverpool

Salah memberi fokus kepada pasukan negaranya.

SUKAN Olimpik Tokyo 2020 yang ditunda ke tahun hadapan ternyata memberi kesan kepada Liverpool.

Mohamed Salah, mungkin terlepas sebahagian daripada aksi liga sehingga empat bulan.

Penangguhan Olimpik Tokyo 2020 adalah disebabkan penularan wabak koronavirus.

Terdapat cadangan untuk melangsungkan acara sukan terbesar itu pada musim bunga tahun hadapan, namun pihak penganjur masih belum memberi kata putus bagi cadangan berkenaan.

Khidmat Salah sangat diperlukan oleh Mesir dalam acara bola sepak memandangkan sasaran mereka adalah pingat emas.

Di samping itu, penyerang berbisa itu turut meninggalkan rakan sepasukan yang lain di Anfield bagi menghadapi saingan Piala Negara-Negara Afrika (Afcon) pada awal tahun hadapan yang bakal diadakan di Cameroon.

Sadio Mane juga bakal menyertai kejohanan tersebut mewakili skuad kebangsaannya, Senegal.

Acara bola sepak dalam sukan Olimpik dikhaskan untuk pemain-pemain muda bawah 23 tahun, namun beberapa pemain melebihi had umur dibenarkan untuk menyertai pasukan tersebut.

Antara pemain bertaraf bintang lain yang dikhabarkan mungkin menyertai acara bola sepak di Sukan Olimpik ialah Kylian Mbappe, Neymar dan Lionel Messi. - Mirror

Mo Salah, Liverpool, Sukan Olimpik

Artikel Lain