suria

Manchester United perlu bayar pampasan RM5.9 juta kepada Sanchez

Sanchez bakal kembali ke Old Trafford Julai ini.

MANCHESTER United terpaksa membayar pampasan kepada Alexis Sanchez dalam jumlah yang besar iaitu sebanyak £1.1 juta (RM5.9 juta) apabila penyerang tersebut kembali semula ke Old Trafford pada Julai ini.

Sanchez, 31, dipinjamkan ke Inter Milan pada musim namun bergelut untuk mempamerkan aksi yang berkualiti berikutan kecederaan buku lali yang dialaminya.

Difahamkan bahawa Sanchez dibayar £375,000 seminggu termasuk bonus £75,000 sekiranya dia membuat dalam kesebelasan utama.

Menurut sebuah sumber dari Old Trafford yang memberitahu The Sun bahawa mereka tahu akan gaji dan bonus yang perlu dibayar kepada Sanchez adalah terlalu tinggi.

"Dia tidak menunjukkan aksi yang bagus di Itali namun mereka masih membayar separuh daripada gajinya buat masa ini.

"Inter Milan juga dilaporkan tidak berminat untuk menandatangani Sanchez secara tetap," ujarnya.

Jurulatih Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer memberitahu bahawa Sanchez akan bermain semula di bawah kendaliannya pada musim hadapan.

Solskjaer berpendapat Sanchez masih mempunyai masa depan di Manchester meskipun hanya menjaringkan empat gol sepanjang penampilannya bersama Manchester United.- talkSPORT

Artikel Lain