suria

Aguero nafi ikut jejak langkah Messi ke PSG

AGUERO kecewa impiannya untuk bergandingan bersama Messi musnah menjadi kepingan kecil, namun menafikan khabar angin akan mengikut jejak langkah rakan akrabnya itu ke PSG buat masa ini. — AGENSI.

PERPINDAHAN Lionel Messi yang hampir pasti ke Paris Saint-Germain (PSG) bukan sahaja memberi kesan mendalam buat peminat Bacelona tetapi juga rakan seperjuangan dan teman akrabnya, Sergio Aguero.

Aguero, 33, sebelum ini tanpa berselindung mengakui kecewa apabila Barcelona gagal menghalang penghijrahan Messi, lapor Mirror.UK.

Dia menyertai Barcelona menerusi perpindahan percuma dari Manchester City pada Mei lalu dengan membawa harapan menggunung untuk bergandingan bersama Messi sebelum menggantung but bola sepak.

Hasrat yang tidak kesampaian itu membuatkan Aguero berasa kesal dan dikatakan mahu keluar dari kelab tersebut. Dia juga dikhabarkan bertindak protes meninggalkan padang latihan selepas mendengar khabar perpindahan Messi, selain timbul spekulasi mahu mengikut jejak langkah Messi ke PSG.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Aguero bagaimanapun menjelaskan bahawa dia tidak akan ke mana-mana dan akan kekal bersama Barcelona buat masa ini.

Kalau nak tahu, hubungan Aguero dan Messi sememangnya cukup rapat apabila bersama-sama menerajui jentera serangan skuad remaja Argentina, selain berkongsi kejayaan menjulang trofi antarabangsa utama pertama Copa America di Brazil baru-baru ini.

Dengan kehilangan Messi, mahu tak mahu Aguero terpaksa membentuk persefahamana baharu bersama penyerang Barcelona yang masih kekal iaitu Antoine Griezmann selain pemain baharu, Memphis Depay.

Pencetak gol terbanyak City itu turut memuat naik penghormatan yang menyentuh hati buat Messi di laman sosial peribadinya.

"Semuanya memang terbaik asalkan ia datang daripada kawan saya. Sentiasa kekal dengan senyuman itu. Aku sayang kau bro @leomessi," tulisnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Aguero, Messi, Barcelona, PSG

Artikel Lain