suria

Kisah hidup Michael Schumacher di Netflix

Kisah hidup Schumacher akan diserlahkan menerusi dokumentari yang akan disiarkan Netflix bermula 15 September ini.— AGENSI.

KISAH perjalanan karier dan peribadi bekas juara dunia Formula 1, Michael Schumacher akan divisualkan menerusi satu dokumentari khas yang akan dapat ditonton bulan depan.

Ia akan disiarkan menerusi platform atas talian, Netflix bermula 15 September ini.

Menurut pengesahan daripada pihak Netflix, dokumentari ini akan membabitkan keluarganya, bekas pelumba dan mereka yang masih aktif dalam sukan ini.

Dokumentari pelumba Jerman ini akan mengandungi rakaman temu bual dan penonton juga akan dihidangkan rakaman yang belum didedahkan sebelum ini

ARTIKEL BERKAITAN: Chong Wei usik Azizulhasni..."Bro, awak dengan Kenny umur sama, tapi kenapa awak nampak lagi muda?"

ARTIKEL BERKAITAN: Man.United belum puas berbelanja sakan, cuba sambar Griezmann dengan harga murah

Segala aspek dan bagaimana kejayaan Schumacher muncul juara dunia juga akan diserlahkan menerusi dokumentari berkenaan.

“Keinginan dan semangat melawan meraih kemenangan menjadikan Schumacher sebagai tarikan seluruh dunia.

“Perjalanannya meresap dalam imaginasi jutaan orang,” umum Netflix.

Selepas kemalangan menimpanya ketika bermain ski di French Alps pada 2013, tidak banyak perkhabaran yang diketahui umum mengenai pelumba itu.

Schumacher mengalami kecederaan di bahagian otaknya dan kini di bawah penjagaan keluarganya di rumah.

Untuk rekod, Schumacher adalah salah seorang pelumba terhebat dalam sejarah Formula 1 apabila muncul juara dunia pada 1994, 1995, 2001, 2002, 2003, and 2004.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Akan turut serta dalam dokumentari itu adalah adiknya, Ralf Schumacher dan juga beberapa nama besar lain dalam industri Formula 1 seperti Sebastian Vettel, Damon Hill, Mika Hakkinen dan David Coulthard.

Selain itu, bekas principal Ferrari, Jean Todt yang pernah bekerjasama dengan Schumacher ketika masih aktif dalam siri perlumbaan juga akan membuat penampilan dalam dokumentari itu.

“Cabaran terbesar buat saya adalah untuk mencari keseimbangan antara laporan bebas dan juga pertimbangan keluarga,” kata pengarah, Venesaa Nocker. – thetealmango

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Artikel Lain