suria

Chong Wei usik Azizulhasni..."Bro, awak dengan Kenny umur sama, tapi kenapa awak nampak lagi muda?"

Azizulhasni yang juga pemenang pingat gangsa di Olimpik Rio semalam memperbaharui pencapaiannya dengan menyumbangkan pingat perak di Olimpik Tokyo.

JAGUH lumba trek basikal negara Datuk Azizulhasni Awang pasti akan menang emas di temasya Olimpik Paris 2024!

Itu keyakinan yang dilontarkan Datuk Lee Chong Wei yang juga Chef de Mission Olimpik Tokyo 2020 selepas temasya itu menutup tirai semalam.

ARTIKLE BERKAITAN: Messi mampu kembalikan nostalgia gandingan berbisa MSN bersama PSG

ARTIKLE BERKAITAN: Olimpik 2024: Paris bersiap siaga, contohi Tokyo jika Covid-19 masih bermaharajalela tiga tahun lagi

Legenda badminton negara berusia 38 tahun itu turut mengucapkan tahniah kepada Azizulhasni kerana berjaya membawa pulang pingat perak pada kejohanan kali ini.

"Tahniah my brother, Datuk Azizulhasni Awang!

"Seluruh rakyat Malaysia menyaksikan dengan penuh debaran perlumbaan kamu. Rakyat Malaysia bersorak bila kamu tiba ke garisan penamat untuk pingat perak.

"Rakyat Malaysia semua rasa bangga apabila melihat bendera Malaysia dikibarkan, terima kasih kerana menyatukan kita," katanya, menambah Azizulhasni kini memiliki pingat perak dan gangsa.

Sebagai rekod, Chong Wei pernah memenangi tiga pingat perak dalam acara perseorangan badminton di Olimpik pada 2008, 2012 dan 2016.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Azizulhasni, 33, yang memenangi pingat gangsa di kejohanan Olimpik Rio 2016, memperbaiki pencapaiannya apabila menamatkan saingan di tempat kedua di belakang pelumba Britain, Jason Kenny.

Tempat ketiga pula diduduki oleh pelumba Belanda, Harrie Lavreysen yang merupakan pemenang pingat emas acara pecut.

"Saya yakin pingat emas akan menjadi milik awak di Paris," tulis Lee.

Beliau mengakhiri posting-nya dengan satu soalan cepu emas.

"Bro, awak dengan Kenny umur sama, tapi kenapa awak nampak lagi muda? Apa rahsianya?," soal Lee merujuk kepada usia Azizulhasni yang sebaya dengan Kenny.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain