suria

Amerika Syarikat bolot emas Olimpik bola keranjang wanita tujuh tahun berturut-turut

Pasukan bola keranjang wanita AS lakar sejarah menang pingat emas tujuh kali berturut-turut di temasya Olimpik sebaik menewaskan tuan rumah hari ini. - AGENSI

KEMENANGAN pasukan Amerika Syarikat (AS) dalam acara bola keranjang wanita hari ini mencatat sejarah istimewa apabila memenangi pingat emas tujuh kali berturut-turut di pentas temasya Olimpik.

Pada aksi final di Saitama Super Arena, utara Tokyo itu, AS bagaikan berada dalam kelas tersendiri apabila mengatasi tuan rumah dengan kemenangan bergaya 90-75 sekali gus menempah emas yang ketujuh berturut-turut.

Menurut laporan Reuters, pemain Pheonix Mercury WNBA, Brittney Griner yang juga kapten AS berjaya menjaringkan 30 mata dan ini merupakan pingat emas keduanya selepas edisi Rio 2016 di Brazil.

ARTIKEL BERKAITAN: Azizulhasni dedah punca gagal raih emas keirin - "Bukan tak nak kejar tapi..."

ARTIKEL BERKAITAN: No.9 milik Lukaku, tunggu masa kembali ke pangkuan Chelsea

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Tujuh kali memenangi acara ini secara berturut-turut sememangnya pencapaian yang membanggakan.

“Dengan situasi Covid-19 dan semua cabaran yang ada, akhirnya kami berjaya memenangi pingat emas dan ia amat berbaloi,” katanya.

Ia kemenangan ke-55 berturut-turut skuad AS dalam aksi Olimpik selain merupakan emas yang kesembilan sejak edisi 1976.

Pingat gangsa edisi kali ini pula menjadi milik Perancis apabila menewaskan Serbia semalam.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain