suria

No.9 milik Lukaku, tunggu masa kembali ke pangkuan Chelsea

Lukaku disebut-sebut kembali ke pangkuan Chelsea apabila selesai menjalani sesi perubatan hari ini. - AGENSI

PENYERANG berbisa, Romelu Lukaku terpaksa melupakan bonus bersama Inter Milan apabila dilaporkan bakal menjalani ujian perubatan bersama Chelsea pada bila-bila masa.

Menurut SportsMole, pemain yang sinonim dengan jersi bernombor 9 itu perlu tiba di England sehari selepas sesi itu selesai.

Sebelum ini, Chelsea telah bersetuju dengan harga sebanyak £97.5 juta (RM571 juta) untuk membawa kembali Lukaku ke Stamford Bridge bagi musim 2021/22.

ARTIKEL BERKAITAN: Hebat! Jaring gol ke-41, Lewandowski pecah rekod Muller

Difahamkan, Lukaku akan menyertai skuad kendalian Thomas Tuchel dengan kontrak selama lima tahun.

Penyerang Belgium itu sebelum ini nekad untuk kekal bersama Inter, namun tiba-tiba berubah fikiran walaupun terpaksa melupakan bonus ketika membantu The Nerazzurri menjuarai Serie A musim lepas.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Lukaku sebelum ini telah mewakili Chelsea selama tiga tahun antara 2011 dan 2014, namun dia hanya sempat membuat 15 penampilan dan gagal menjaringkan gol ketika itu.

Bekas pemain Manchester United dan Everton itu meninggalkan Inter dengan jaringan 64 gol menerusi 95 perlawanan termasuk 24 dalam perlawanan Serie A musim 2020/21.

Dengan kehadiran Lukaku di Stamford Bridge, dia disebut-sebut akan menyarung jersi kegemarannya iaitu no.9 selepas pemilik jersi asal, Tammy Abraham dilaporkan akan meninggalkan kota London.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

inter, chlesea, lulaku

Artikel Lain