suria

Berlumba dalam kesakitan, Shah Firdaus gagal iringi Azizulhasni ke separuh akhir keirin

Shah Firdaus gagal mara ke separuh akhir keirin temasya Olimpik Tokyo 2020 sebentar tadi.— REUTERS

PELUMBA muda negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom gagal menempah slot ke separuh akhir acara keirin temasya Olimpik 2020 apabila sekadar menamatkan saingan di tempat terakhir di Velodrom Izu, Tokyo sebentar tadi.

Tampak berlumba dalam kesakitan apabila dilihat terhincut-hincut sebelum memulakan perlumbaan, pujian harus diberikan kepada Muhammad Shah Firdaus yang tidak mudah mengaku kalah sebelum tewas di peringkat suku akhir heat kedua.

Seorang lagi pelumba sensasi negara, Datuk Azizulhasni Awang bagaimanapun menepati ramalan menempah slot separuh akhir apabila berjaya menamatkan saingan di tempat kedua dalam aksi suku akhir heat ketiga.



ARTIKEL BERKAITAN: Mesej Azizulhasni buat rakyat Malaysia - "Saya tak minta banyak... Tak kira Melayu, Cina, India, Sabah dan Sarawak, tolong doakan saya"

ARTIKEL BERKAITAN: Shah Firdaus OK, akan beraksi esok!

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Saingan separuh akhir keirin akan berlangsung sebentar lagi. Berita selanjutnya menyusul.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Shah Firdaus, suku akhir, olimpik

Artikel Lain