suria

Atlet Great Britain lelong cenderahati Olimpik demi tampung perbelanjaan latihan

Taylor Campbell jual barang eksklusif Olimpik Tokyo demi cari dana untuk tampung latihan.

ATLET lempar tukul besi Great Britain, Taylor Campbell sanggup melelong cenderahati Sukan Olimpik Tokyo 2020 di platform eBay bagi mendapatkan tambahan dana untuk kegunaan latihan.

Walaupun akan melepaskan barangan terhad yang diperolehinya ketika temasya terbesar dunia itu, usaha Campbell itu ternyata membuah hasil apabila mendapat sokongan daripada pengguna media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Pecah rekod, kasut dipakai Michael Jordan dijual pada harga luar biasa

Campbell ingin melepaskan telefon pintar Samsung S21 dan alat pendengaran berlogo Sukan Olimpik yang dimilikinya.

Ketika ini, bidaan sudah pun mencecah £3,531 (RM20,669), angka itu dijangka terus meningkat memandangkan ramai yang cuba mendapatkan barangan eksklusif berkenaan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bercakap kepada Sky News, Campbell berkata dia berharap wang yang akan diperolehinya menerusi jualan itu dapat digunakan bagi meningkatkan latihannya untuk menghadapi Sukan Komanwel akan datang.

“Saya dapat sumbangan tetapi ia masih belum cukup.

“Saya adalah pengguna iPhone dan Samsung hanyalah barangan yang boleh dijadikan kenangan. Jadi saya lelongnya di eBay.”

“Saya terharu dengan semua mesej sokongan yang diterima sejak saya memuat naik (jualan ini). Di luar sana terlalu ramai orang baik.”

Pada penyertaannya di Sukan Olimpik kali ini, Campbell menamatkan saingan di tempat ke 14. - Mirror

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

eBay, jual, Olimpik, Tokyo, Taylor Campbell

Artikel Lain