suria

Harry Kane akan turun berlatih, tak mahu cari pasal dengan penyokong

Harry Kane menjawab spekulasi kononnya dia enggan turun berlatih bersama Spurs.

BINTANG Tottenham Hotspur, Harry Kane menafikan dakwaan kononnya tidak mahu menghadiri latihan pasukan, sebaliknya menegaskan dia tidak pernah melakukan tindakan yang boleh merosakkan hubungannya dengan kelab.

Kapten England itu mendedahkan dia akan kembali ke pangkuan pasukan hujung minggu ini, seperti yang sudah dirancang.

“Sudah hampir 10 tahun selepas debut bersama Spurs. Sepanjang tempoh itu, penyokong sentiasa berikan sokongan kepada saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Barcelona hilang bisa, Aguero ikut jejak Messi

“Sebab itu ia jadi sesuatu yang menyakitkan apabila membaca sesetengah komen sepanjang minggu ini yang mempersoalkan tahap profesionalisme saya.

Statement_Harry_Kane

Kenyataan yang dikeluarkan Harry Kane menerusi laman sosial Instagram miliknya.

“Saya ingin jelaskan, saya tidak akan dan tidak pernah menolak untuk berlatih. Saya akan kembali ke kelab seperti dirancang.

“Saya juga tidak melakukan perkara yang boleh menjejaskan hubungan saya dengan penyokong.”

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ketiadaan Kane bersama latihan pasukan sejak berakhirnya kempen Euro 2020 sebelum ini meletakkan dirinya sebagai subjek spekulasi yang mengatakan bakal meninggalkan Spurs.

Walaupun masih memiliki baki kontrak tiga tahun, Manchester City dikatakan menjadi kelab yang berminat untuk mendapatkan penyerang 28 tahun itu.

Bagaimanapun, Pengerusi Spurs, Daniel Levy tetap berkeras pemain itu tidak akan dijual dan bersedia meletakkan tanda harga tinggi bagi mengelak mana-mana pasukan mendapatkan Kane. - Mirror

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Harry Kane, EPL, Spurs, Manchester City

Artikel Lain