suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Shah Firdaus OK, akan beraksi esok!

Keputusan MRI Shah Firdaus menunjukkan bahawa rusuknya tidak patah.

BERITA gembira daripada kem lumba basikal negara apabila pelumba muda negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom disahkan tidak mengalami sebarang keretakan pada tulang rusuknya.

Anggota Pengurusan Eksekutif UCI Datuk Amarjit Singh berkata keputusan Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) mengesahkan perkata terbabit.

"Selepas MRI dijalankan, kami boleh sahkan bahawa dia tidak mengalami keretakan pada rusuknya. Ini satu kelegaan buat kita semua.

"Kita menunggu pasukan @isnmalaysia untuk mengkaji situasi dan berbincang mengenai persiapan untuk hari esok.

"Doakan kejayaan Malaysia!," tulisnya di laman Facebook.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Shah Firdaus terdahulu mengalami kecederaan apabila terjatuh setelah diasak pemain lain ketika berlumba di pusingan pertama.

Dia bagaimanapun berjaya mengatasi kesakitannya untuk bangkit memenangi tempat ke dua di cabaran repechage seterusnya mengiringi jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang.

Azizulhasni yang digelar The Pocket Rocketman mendapat tempat pertama di pusingan pertama heat ketiga.

Dalam pada itu, Shah Firdaus menerusi laman Instagram dan Facebook turut membuat kenyataan ringkas mengenai keadaan semasanya.

Ujar Shah Firdaus, dia berada dalam keadaan baik dan yakin dapat mengikuti perlumbaan seterusnya pada hari esok.

"Hi semua. Alhamdulillah saya dalam keadaan baik. Terima kasih atas sokongan dan keprihatinan.

"Keputusan X-Ray dan imbasan CT menunjukkan yang saya ok dan saya boleh berlumba esok.

"Kepada semua penyokong saya, jangan menghakimi pelumba lain. Perlanggaran sentiasa berlaku dalam mana-mana perlumbaan terutamanya dalam keirin.

"Tiada siapa yang mahu ia berlaku, tapi ia sebahagian darpada perlumbaan dan semua orang mahu menang. Doakan kesembuhan saya dan saya akan cuba yang terbaik esok," ujarnya lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain