suria

Barcelona hilang bisa, Aguero ikut jejak Messi

Aguero berang dengan keputusan Barcelona lepaskan Messi.

TIDAK sampai semusim di Barcelona, Sergio Aguero dikhabarkan mahu meninggalkan kelab berkenaan selepas Lionel Messi 'dilepaskan'.

Aguero dikatakan berang dengan kelab tersebut dan telah meminta peguamnya mencari jalan untuk menamatkan kontraknya.

Sekiranya Aguero benar-benar meninggalkan Barcelona, kelab itu terpaksa bergantung kepada pemain Perancis, Antoine Griezmann bagi mengetuai bahagian serangan pada musim hadapan.

ARTIKEL BERKAITAN: PSG hampir pasti sambar Messi

ARTIKEL BERKAITAN: Messi seronok bercuti, takkan kembali ke Barcelona selagi belum tandatangan kontrak

Aguero berhijrah dari Manchester City pada jendela perpindahan musim panas ini selepas kontraknya tamat bersama pasukan Liga Perdana Inggeris itu.

Peluang bermain bersama Messi mendorong Aguero untuk berpindah ke kelab Catalan berkenaan.

Terdahulu, Messi dilaporkan bersetuju memeterai perjanjian selama dua tahun bernilai 25 juta pound (RM146.3 juta) ke Paris Saint-Germain (PSG).

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Messi terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Barcelona selepas kelab itu gagal memenuhi kontrak baharu yang telah dipersetujui ekoran kekangan kewangan yang dihadapi.

Sepanjang kariernya di Barcelona, Messi telah menjaringkan 672 gol dalam 778 penampilan bersama kelab terbabit sejak 2003. - onefootball.com

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Messi, Barcelona, Aguero

Artikel Lain