suria

Messi seronok bercuti, takkan kembali ke Barcelona selagi belum tandatangan kontrak

Messi kelihatan gembira bercuti dengan rakan-rakan bersama keluarga masing-masing di Ibiza.

LIONEL Messi sepatutnya kembali menjalani latihan bersama skuad Barcelona awal Ogos bersama rakan sepasukan yang lain.

Pemain kelahiran Argentina itu bagaimanapun dikatakan tidak akan kembali sehingga dia menandatangani kontrak baru dengan kelab tersebut, menurut Mundo Deportivo.

Walaupun begitu, presiden Barca, Joan Laporta terus menegaskan bahawa pembaharuan kontrak Messi sedang berjalan mengikut perancangan.

Sementara itu, Messi dilihat gembira bercuti dan menghabiskan masa dengan rakan-rakan, Luis Suarez, Cesc Fabregas bersama keluarga masing-masing di Ibiza.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bakal menginjak usia 34 tahun pada musim panas ini, tenaga dan stamina Messi tidak menunjukkan penurunan malah dia tetap gagah beraksi.

Dia berjaya memimpin Argentina meraih gelaran Copa America bulan lalu menewaskan Brazil, gelaran pertama mereka sejak 1993. - Espana.net

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Lionel Messi, Barcelona, Ibiza

Artikel Lain