suria

Pelari pecut dikecam berjoging ke garisan penamat

Aksi Shericka Jackson (kanan) dalam saingan 200 meter di Sukan Olimpik Tokyo 2020. foto Reuters

ATLET olahraga Shericka Jackson dikritik kerana berjoging ketika menghampiri garisan penamat, sekali gus tersingkir dari acara 200 meter wanita di Sukan Olimpik Tokyo.

Jackson sebenarnya boleh melangkah ke separuh akhir di tempat kedua, namun hanya menduduki tempat keempat selepas dipintas dua pencabarnya ketika menuju ke beberapa meter terakhir.

Pelari pecut dari Jamaica itu yang memenangi pingat gangsa dalam acara 100 meter gagal mengikut jejak dua rakan senegaranya dari Jamaica, Elaine Thompson-Herah dan Shelly-Ann Fraser-Pryce, gagal mara ke separuh akhir dalam acara pecut itu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Jika dia melakukannya secara agresif, Jackson pasti mencatatkan masa terbaik.

Dalam acara 200 meter itu, beliau cukup bersemangat menyahut cabaran tetapi berakhir dengan prestasi yang tidak memberangsangkan.

Tindakannya yang aneh itu membuatkan beliau dikritik hebat sehingga digelar sebagai bintang Jamaica 'bodoh'. - Mail Online

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Peminat tidak teruja lihat aksi Romeo Beckham