suria

“Menangis bukan kerana tak menang...” - Dhabitah bangga pencapaian diri, akui pernah hilang keyakinan

Dhabitah memperoleh tempat keempat dalam acara tiga meter papan anjal individu wanita, Sukan Olimpik Tokyo 2020.

"SAYA menangis bukan kerana tak menang tapi berbangga dengan diri kerana sebelum ini agak susah hingga saya hilang keyakinan diri dan tidak yakin mampu beraksi di Olimpik"

Demikian kata atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri, mengulas mengenai tangisannya di Tokyo Aquatics Centre selepas selesai aksi final acara tiga meter papan anjal individu wanita pada Ahad.

Dhabitah, 22, berkata tangisan berkenaan secara keseluruhannya adalah bagi menggambarkan rasa bangga dengan pencapaian diri sendiri terutamanya di sebalik pengorbanan yang dilaluinya untuk beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir raih gangsa... Dhabitah di tempat ke-4, hanya beza 17.6 mata

"Kita sudah tidak hidup seperti dahulu dengan tak boleh luang masa bersama keluarga atau keluar berjumpa rakan. Hanya duduk dalam gelembung sukan dan berlatih saja," katanya lagi.

Pada aksi final berkenaan, Dhabitah terlepas pingat gangsa apabila menduduki tangga keempat.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dhabitah memperoleh 326.15 mata, hanya dibezakan 17.6 mata di belakang pemenang pingat gangsa yang dimenangi penerjun Amerika Syarikat, Krysta Palmer.

Pingat emas dimenangi penerjun China, Shi Tingmao manakala rakan senegaranya, Wang Han meraih perak dengan masing-masing mengumpul 383.50 dan 348.75 mata. - SINAR HARIAN

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain