suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tahniah! Beregu badminton negara raih pingat gangsa

Aaron Chia-Soh Wooi Yik hadiahkan pingat gangsa buat Malaysia. Foto: AP

PENANTIAN Malaysia untuk meraih pingat pertama di Sukan Olimpik Tokyo 2020 berakhir setelah beregu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik merangkul pingat gangsa dalam acara beregu lelaki, sebentar tadi.

Aaron dan Wooi Yik menyingkirkan pasangan Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dengan kutipan mata 17-21, 21-17 dan 21-14 dalam aksi sengit di Musashino Forest Sports Plaza.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dengan kemenangan berkenaan, beregu negara berjaya membalas dendam atas kekalahan 16-21, 19-21 di tangan lawan sama pada aksi peringkat kumpulan sebelum ini.

"Harapan terletak pada bahu kami untuk menghadiahkan pingat selepas rakan dalam skuad tewas," kata Aaron yang penuh emosi. - THE STAR

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain