suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pecah rekod, kasut dipakai Michael Jordan dijual pada harga luar biasa

Michael meraih 30 mata sambil memakai kasut berukuran 13.5.

SEPASANG kasut yang dipakai oleh Michael Jordan dijual dengan harga A$615,000 (RM2,593,762 memecahkan rekod beberapa bulan lalu dengan penjualan sepasang kasut legenda bola keranjang yang lain.

Menurut ketua penjualan di Christie's, kasut itu adalah sepasang High Jordan 1 Highs yang dipakai bintang NBA itu semasa pertandingan pada tahun 1985 di Itali ketika dia menjatuhkan bola dengan begitu keras sehingga menghancurkan kaca belakang.

Michael meraih 30 mata sambil memakai kasut berukuran 13.5, yang berwarna merah dan hitam dari pasukannya di Chicago Bulls.

"Ini adalah kasut asli dengan sekeping papan belakang yang sebenarnya merupakan sepotong kaca di telapak kasut," katanya yang menganjurkan lelongan dengan Stadium Goods.

Walaupun penjualan itu memecahkan rekod pada bulan Mei ketika sepasang Air Jordan 1 terjual dengan harga A$560,000 (RM2,361,800), lelongan baharu jatuh di bawah anggaran A$650,000 (RM2,741,375) dan A$850,000 (RM3,584,875). - INDIA TIMES

Artikel Sebelum

Artikel Lain