suria

[VIDEO] Olimpik 2020: Pandelela mara ke final

Pandelela Rinong layak ke peringkat akhir acara 10m platform individu wanita. foto AP

PANDELELA Rinong berjaya melayakkan diri ke final bagi acara 10 meter (m) platform individu wanita, di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Dalam acara pada Khamis, kejayaan ratu terjun negara itu selepas menamatkan pusingan separuh akhir yang berlangsung di Pusat Akuatik Tokyo.

Menerusi aksi terjunan yang meyakinkan, Pandelela berada di kedudukan ketujuh daripada 18 penerjun.

TONTON AKSI TERJUNAN PANDELELA!

Acara final 10m platform wanita itu akan berlangsung pada pukul 2 petang Khamis.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pandelela sebelum ini memenangi satu gangsa pada Olimpik London 2012 menerusi acara 10m platform individu.

Satu pingat perak dibawa pulang dalam acara 10m platform seirama ketika bergandingan bersama Jun Hoong pada edisi Rio 2016.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON JUGA VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain