suria

Olimpik 2020: Pandelela mara ke separuh akhir

Pandelela Pamg of Malaysia competes in women's diving 10-meter platform preliminary at the 2020 Summer Olympics, Wednesday, Aug. 4, 2021, in Tokyo, Japan. (AP Photo/Alessandra Tarantino)

PANDELELA Rinong berjaya melayakkan diri ke separuh akhir acara 10 meter (m) platform individu wanita Olimpik Tokyo yang akan berlangsung esok.

Dalam acara pada Rabu, Pandelela berjaya menamatkan terjunan dengan kutipan 284.90.

ARTIKEL BERKAITAN: Kayuhan Azizulhasni, Shah Firdaus layak ke pusingan seterusnya

Ia sekaligus melayakkannya berada pada tangga ke-18 daripada 30 atlet yang beraksi.

Esok, 18 atlet termasuk Pandelela akan berentap yang mana 12 daripada mereka akan dipilih untuk menyertai pusingan akhir.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Seorang lagi penerjun negara, Cheong Jun Hoong mengakhiri terjunan di tangga ke-26 dengan mengumpul 251.80 mata, lapor The Star.

Dalam pada itu, semakan mStar di Twitter dengan carian kata kunci 'Pandelela' membawa kepada tweet netizen yang menzahirkan ucapan tahniah buat Pandelela.

Malah, ucapan terima kasih turut diucapkan buat Jun Hoong yang sudah melakukan yang terbaik dalam acara itu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain