suria

PSG hampir pasti sambar Messi

PSG dilaporkan sedang melakukan perbincangan untuk 'menyambar' Messi.

PARIS Saint-Germain (PSG) dilaporkan telah mengadakan perbincangan dengan wakil Lionel Messi dan semakin mencapai kata sepakat untuk menandatangani pemain berusia 34 tahun itu pada musim panas ini.

Terdahulu, berita Messi meninggalkan Barcelona pada Khamis begitu mengejutkan dunia bola sepak, apatah lagi bintang tersebut sudah bersama-sama kelab itu selama 21 tahun.

Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi dikatakan mengetuai perbincangan bagi membawa masuk Messi.

Dalam masa yang sama, PSG sedar pihak Messi turut mengintai pilihan lain, bagaimanapun kelab Perancis itu mengkaji dengan teliti kemungkinan menandatangani pemenang enam kali Ballon d'Or itu.

Pengendali PSG, Mauricio Pochettino turut mengulas mengenai kemungkinan kelab itu menandatangani Messi ketika sidang akhbarnya pada Jumaat.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Mengenaai Lionel Messi, kami tahu apa yang berlaku semalam. Saya tidak akan mengatakan apa-apa yang berbeza. Kami fokus sepenuhnya untuk mengalahkan Troyes dan memulakan musim dengan baik.

"Pada masa yang sama, pengarah dan presiden sukan kami bekerja keras untuk meningkatkan pasukan," ujarnya. - Theathletic.com

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Lionel Messi, Barcelona, PGS

Artikel Lain