suria

Olimpik Tokyo paling mahal... kos yang digunakan boleh bina 1,200 sekolah, 300 hospital

Penangguhan Sukan Olimpik beri kesan besar kepada Jepun daripada segi kos penganjuran.

KOS penganjuran Sukan Olimpik Tokyo tahun ini diiktiraf sebagai paling mahal dalam sejarah iaitu AS$15.4 bilion (RM64.9 bilion) dan nilai itu mampu membeli 38 buah pesawat Boeing 747!

Menurut kajian dilakukan oleh Universiti Oxford, nilai tersebut juga mampu membina kira-kira 1,200 buah sekolah rendah serta 300 hospital di Jepun.

Bagaimanapun, Jepun menerima tempias akibat pandemik Covid-19 susulan penangguhan acara sukan berkenaan sejak tahun lalu.

Penangguhan itu memaksa Jepun membelanjakan kira-kira AS$2.8 bilion (RM11.8 bilion) daripada kos sebelum ini malahan negara tersebut turut kerugian AS$800 juta (RM3.3 bilion) daripada pendapatan jualan tiket.

ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik 2020: Pandelela tamatkan saingan di tempat ke-12

ARTIKEL BERKAITAN: Kayuhan Azizulhasni, Shah Firdaus layak ke pusingan seterusnya

Walaupun Jepun berjaya meraih AS$3.3 bilion (RM13.9 bilion) daripada pelbagai tajaan namun kebanyakan penaja melontarkan rasa tidak puas hati menjelang temasya sukan tersebut berikutan pelaburan mereka dibazirkan tanpa kehadiran penonton.

Malahan, Toyota yang merupakan salah satu penaja terbesar untuk Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), menarik balik pengiklanan berkaitan Sukan Olimpik di semua siaran televisyen susulan kemarahan orang ramai yang berang dengan tindakan kerajaan negara itu menganjurkan temasya berkenaan ketika pandemik masih berlaku.

Menurut penganalisis ekonomi sukan Jerman, Wolfgang Maennig, kejohanan sukan Olimpik menawarkan lonjakan ekonomi yang kecil kepada sesebuah negara penganjur.

"Penyelidikan empirikal selama tiga dekad menunjukkan ahli ekonomi bersetuju bahawa Olimpik tidak memberikan kesan positif yang signifikan kepada pendapatan, pekerjaaan, pendapatan cukai, pelancongan dan sebagainya kepada negara itu," kata Maennig.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ujar penulis sukan agensi AP, Stephen Wade, Sukan Olimpik memberikan lebih banyak kebaikan kepada firma pembinaan dan kontraktor.

Tokyo telah membina lapan venue baharu termasuklah Stadium Nasional yang menelan kos sebanyak AS$1.43 bilion (RM6 bilion) dan pusat akuatik baharu bernilai AS$520 juta (RM2.1 bilion). - Yahoo Sports

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Olimpik, Tokyo

Artikel Lain