suria

Azizulhasni ke final, ayuh berdoa Jalur Gemilang akan berkibar di bumi Tokyo!

AZIZULHASNI kini hanya selangkah untuk menghadirkan kilauan pingat buat kontinjen negara apabila mara ke final acara keirin temasya Olimpik Tokyo 2020 sebentar lagi. — BERNAMA.

KETEPIKAN dulu segala urusan peribadi anda ketika ini. Ayuh segera terpacak di depan kaca televisyen bagi memberikan sokongan sepenuh jiwa raga kepada pelumba sensasi negara, Datuk Azizulhasni Awang dalam usaha memburu emas pertama negara acara final keirin temasya Olimpik Tokyo 2020 sebentar lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Jatuh bangkit semula! Aksi dramatik Shah Firdaus iringi Azizulhasni ke suku akhir acara keirin!

Dalam saingan separuh akhir heat kedua di Velodrom Izu sebentar tadi, The Pocket Rocket Man menamatkan saingan di tempat pertama sekali gus mencerahkan peluang Malaysia untuk memburu kilauan emas pertama buat Malaysia di pentas Olimpik.

Pada temasya Rio 2016 di Brazil, Azizulhasni yang mesra dengan panggilan Jijoe berjaya meraih pingat gangsa acara berkenaan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam aksi final yang dijadualkan berlangsung pukul 11 pagi waktu Malaysia sebentar lagi, Azizulhasni akan membuat perhitungan bersama lima finalis lain iaitu Jair Fa En Tjon (Suriname); Matthew Glaetzer (Australia); Jason Kenny (Great Britain); Harrie Lavreysen (Belanda) dan pelumba Jerman, Levy Maximilian.

Ganbatte Malaysia! Berita selanjutnya menyusul.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Azizulhasni, suku akhir, olimpik

Artikel Lain