suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hebat! Jaring gol ke-41, Lewandowski pecah rekod Muller

Lewandowski meraikan kemenangan ke atas Augsburg.

ROBERT Lewandowski memecahkan rekod Gerd Muller yang berusia hampir 50 tahun untuk jumlah jaringan semusim apabila menjaringkan gol ke-41 dalam saingan Bundesliga musim ini.

Lewandowski yang juga penyerang Bayern Munich minggu lalu berjaya menjaringkan gol ke-40 gol untuk menyamai rekod Muller ketika menentang Freiburg.

Dalam aksi menentang Augsburg pada Sabtu, Lewandowski menjaringkan gol pada minit ke-90 untuk membantu Bayern mencatat kemenangan 5-2.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pencapaian tersebut menjadikan tahun ini sebagai tahun yang menakjubkan untuk Lewandowski.

Bekas penyerang Borussia Dortmund itu memimpin Bayern meraih pencapaian yang luar biasa musim lalu, memenangi Bundesliga, DFB Pokal dan Liga Juara-Juara.

Ramai yang menyuarakan kemarahan ketika Ballon d'Or edisi 2020 dibatalkan, dengan peminat dan pakar percaya bahawa Lewandowski telah ditipu untuk memenangi anugerah tersebut, namun sedikit sebanyak timbul kelegaan apabila dia dinobat sebagai pemenang Pemain Terbaik Fifa 2020. - Sportbible.com

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain