suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahli gusti India, Sushil Kumar ditahan terlibat kes pembunuhan

Sushil Kumar, pemenang pingat perak Olimpik didakwa terlibat dalam kes pembunuhan seorang ahli gusti. Foto: Getty Images

PEMENANG pingat Olimpik sukan gusti, Sushil Kumar telah ditangkap di Delhi, India berhubung dengan pembunuhan salah seorang ahli gusti.

Mangsa, Sagar Dhankhar, dibelasah semasa pertarungan yang melibatkan pesaing gusti di akademi gusti di ibu negara itu pada 4 Mei sebelum disahkan meninggal dunia.

Kumar, 37, yang juga pemenang pingat perak Olimpik kemudian didakwa melarikan diri.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Peguam yang mewakili Kumar mendakwa dia tidak bersalah dan menuduh polis berat sebelah, menurut agensi berita AFP.

Seorang ahli gusti lain yang terlibat dalam pergaduhan di Stadium Chhatrasal, mengenal pasti Kumar sebagai penyerang dan melaporkannya kepada polis.

Polis kemudian melancarkan serbuan di wilayah Delhi dan menawarkan ganjaran $ 1,350 (RM5,590) kepada pemberi maklumat yang akhirnya membawa kepada penangkapan Kumar.

"Kami telah merakam kenyataan semua mangsa dan mereka semua membuat tuduhan terhadap Sushil Kumar," kata pegawai kanan polis Guriqbal Singh kepada media India. - BBC.Com

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain