suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bintang Man City Sergio Aguero setuju sertai Barcelona

Sergio Aguero (gambar fail) bersetuju menyertai Barcelona selepas kontrak bersama Manchester City berakhir. foto Reuters

BINTANG Manchester City, Sergio Aguero bersetuju dengan perjanjian selama dua tahun bersama Barcelona.

Menurut beberapa laporan, beliau akan menyertai kelab gergasi Sepanyol itu sebaik kontraknya di Manchester City berakhir bulan ini.

Pemain berusia 32 tahun itu akan meninggalkan Stadium Etihad setelah perlawanan final Liga Juara-Juara Manchester City menentang Chelsea pada 29 Mei ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Laporan The Guardian mendakwa pemain kelahiran Argentina itu telah bersetuju dengan kontrak selama dua tahun bersama kelab La Liga.

Barcelona merupakan kelab pilihan Aguero dan beliau akan menerima bonus sekiranya Manchester City memenangi Liga Juara-Juara. - Mail Online

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain