suria

Kes pecah rumah Marquinhos dan Angel Di Maria, 4 suspek diberkas

Kediaman Marquinhos (kanan) dan Angel Di Maria dipecah masuk pada Mac lalu. Foto: Getty Images

EMPAT suspek telah diberkas sebagai sebahagian daripada siasatan berhubung kes rompakan di rumah pemain Paris Saint-Germain (PSG) Marquinhos dan Angel Di Maria, kata sumber polis pada Selasa.

Sumber itu yang enggan disebut namanya memberitahu bahawa empat lelaki berusia antara 18 hingga 29 tahun, telah ditangkap pada pagi Selasa.

Kediaman kedua-dua pemain itu dirompak semasa perlawanan PSG menentang Nantes pada pertengahan Mac lalu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam insiden berkenaan, bapa Marquinhos mengalami kecederaan ringan kerana dipukul.

Laporan media mengatakan perompak berkenaan berjaya melarikan peti besi dari rumah Di Maria yang mengandungi barang kemas dan jam tangan bernilai sekurang-kurangnya €500,000 (RM2,522,519).

Sementara itu, wang tunai bernilai €1,500 (RM7,560) dan beberapa beg berjenama dilarikan penjenayah berkenaan dari rumah Marquinhos. - ESPN

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain