suria

Pemain bola sepak bunuh diri pada hari hadap ke mahkamah atas tuduhan rogol

Olive Makoni ditemui bunuh diri pada hari beliau dihadapkan ke mahkamah atas tuduan rogol. foto HNP Picture Desk/Hyde News & Pictures Ltd

SEORANG pemain bola berusia 26 tahun ditemui mati menggantung diri pada hari beliau dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rogol, menurut pendengaran inkues.

Clive Makoni, dari Poole, Dorset di United Kingdom, ditemui mati pada 9 September 2020.

Kematiannya disedari oleh seorang pekerja pembersih di sebuah premis Airbnb di King's Somborne, Hampshire.

Makoni didakwa merogol dan dua lagi tuduhan serangan seksual dalam satu insiden membabitkan seorang wanita di Hotel London Bridge di London, Ogos tahun lalu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bekas kekasihnya, Bethany Young berkata, Makoni tidak pasti sama ada dia bersalah atau tidak kerana mabuk ketika kejadian berlaku.

Menerusi pendengaran di Winchester, Makoni bagaimanapun memutuskan untuk mengaku bersalah untuk tidak membabitkan bu bapanya dalam perbicaraan.

Young berkata, bekas penyerang pasukan remaja AFC Bournemouth mengalami kegelisahan susulan tuduhan rogol itu, malah mendapat khidmat kaunseling. - Mirror

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain