suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jepun perluas perintah darurat, 350,000 tandatangan petisyen batal Olimpik Tokyo

Kenji Utsonomiya mendesak penganjur supaya membatalkan temasya Sukan Olimpik Tokyo. foto AP

SERAMAI 350,000 orang menandatangani petisyen yang menggesa supaya Sukan Olimpik Tokyo dibatalkan, berikutan Jepun memperluaskan pengisytiharaan darurat Covid-19 di negara itu, pada Jumaat.

Perluasan darurat Covid-19 tersebut bertujuan untuk menangani gelombang keempat virus itu yang menjejaskan sistem perubatan Jepun.

Bekas calon gabenor Tokyo, Kenji Utsonomiya, mendesak penganjur untuk mengutamakan kepentingan nyawa dengan menyerahkan petisyen tersebut kepada pihak berkuasa.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Dengan mengadakan Sukan Olimpik dalam keadaan pandemik, ia bermakna kita harus mengasingkan sumber perubatan yang berharga ketika ini untuk temasya tersebut," ujarnya.

Persatuan doktor memberi amaran bahawa mengadakan acara sukan dalam keadaan selamat ketika diserang wabak ini adalah mustahil.

Bagaimanapun, pihak penganjur pula mengatakan prosedur yang ketat, ujian harian dan pergerakan terhad mampu mencegah jangkitan. - Daily Mail

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain