suria

Tewas kepada AC Milan, Ronaldo dihentam media Itali selepas pamer prestasi buruk

Juventus tewas 0-3 kepada AC Milan dalam perlawanan pada Ahad.

CRISTIANO Ronaldo menjadi sasaran media Itali yang menghentamnya selepas mempamerkan salah satu prestasi terburuk ketika menentang AC Milan.

Keadaan itu sekaligus mencetuskan keraguan mengenai masa depannya bersama Juventus.

Skuad Andrea Pirlo terkeluar daripada kelompok empat teratas Serie A selepas tewas 0-3 di tempat sendiri kepada AC Milan pada Ahad.

Juventus kini satu mata di belakang Napoli yang berada di tangga keempat dengan baki tiga perlawanan lagi.

Ronaldo dikatakan mungkin akan meninggalkan Juventus dengan bekas kelabnya, Sporting Lisbon dan Manchester United dilaporkan berminat mendapatkannya semula manakala, Paris Saint-Germain turut dikatakan memantau situasi bintang Portugal itu.

Gazzetta dello Sport memberikannya rating rendah dengan hanya empat daripada 10 dan menyatakan: "Pada babak pertama (Ronaldo) langsung tidak menyentuh bola.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Dia hanya banyak berlegar di sekitar padang seperti tidak mengetahui posisinya. Prestasi paling buruk pada malam yang sangat penting," komen media tersebut.

Media Itali itu turut menganggap prestasi terburuk Ronaldo dalam kariernya dan mempersoalkan sama dia akan meninggalkan Juve jika gagal layak ke Liga Juara-Juara. - Thesun

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain