suria

“Jujurnya saya sangat gembira berada di sini selama empat tahun lagi” - Neymar kekal bersama PSG hingga 2025

Neymar menamatkan spekulasi selepas menandatangani kontrak dengan PSG sehingga 2025. Foto: PSG

TEKA-TEKI mengenai masa depan karier Neymar akhirnya terjawab selepas bintang Brazil itu menandatangani kontrak baharu bersama Paris Saint-Germain (PSG) untuk tempoh empat tahun lagi.

Kontrak berkenaan akan mengikat bintang berusia 29 tahun itu sehingga 2025.

"Saya sangat-sangat gembira dapat menyambung kontrak dengan PSG sehingga 2025," kata Neymar di laman web rasmi PSG.

"Jujurnya, saya sangat gembira untuk berada di sini selama empat tahun lagi, menjadi sebahagian daripada projek kelab, mencuba dan memenangi gelaran, untuk mencuba dan mencapai impian terbesar kami iaitu Liga Juara-Juara.

"Oleh itu, saya gembira dapat kekal di kelab, menjadi sebahagian daripadanya dan menyambung kontrak saya," katanya lagi.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sebelum ini, ramai pihak membuat spekulasi mengatakan Neymar akan kembali ke kelab lamanya, Barcelona.

Neymar menyertai PSG dari Barcelona dengan nilai £198 juta (RM1.057 bilion) pada Ogos 2017. - The Guardian

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Neymar, PSG, Barcelona, sambung kontrak

Artikel Lain