suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tertinggal bas selepas perlawanan, pemain bola berkejar tengah jalan

Ovidiu Hoban berkejar di jalan selepas bas pasukan meninggakannya.

PEMAIN bola CFR Cluj, Ovidiu Hoban dibiarkan berlari di jalan selepas bas pasukan itu meninggalkannya.

Dalam kejadian lucu pada Khamis itu, bintang kelahiran Romania itu berkunjung ke Academica Clinceni untuk perlawanan Liga I.

Pasukan itu mencatatkan kemenangan di Stadionul Clinceni dengan 1-0 menerusi jaringan pemain Catalin Itu.

Ketika bas Cluj beredar, pemandu terlupa pemain tengah itu masih belum menaiki kenderaan sebelum memulakan perjalanan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menerusi satu klip yang dikongsi di laman sosial Reddit, kelihatan Hoban sedang mengejar bas tersebut yang sedang bergerak.

Beliau kemudian menumpang sebuah kereta dalam cubaan untuk mengejar bas tersebut.

Namun, jarak antara Stadionul Clinceni dan Cluj-Napoca adalah kira-kira 450 kilometer (km), maka tidak hairanlah mengapa Hoban begitu terdesak mengejar bas kelabnya itu. - Daily Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain