suria

Tahniah! Pandelela raih pingat emas di Kejohanan Piala Dunia Terjun di Tokyo

Pandelela membanggakan seluruh Malaysia apabila meraih pingat emas di Kejohanan Piala Dunia Terjun FINA 2021, Tokyo.

PANDELELA Rinong berjaya meraih pingat emas dalam cara 10 meter (m) platform individu di Kejohanan Piala Dunia Terjun FINA 2021 di Tokyo, Jepun.

Atlet berusia 28 tahun itu mempamerkan aksi terjunan hebat dengan mengumpul 355.70 mata.

Penerjun kelahiran Sarawak itu adalah rakyat Malaysia pertama yang berjayamenaiki podium kejohanan dunia berkenaan.

Pandelela meraih gangsa dalam acara yang sama pada edisi terakhir di Wuhan pada 2018.

Sementara itu Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mengucapkan tahniah kepada Pandelela di atas kejayaan membanggakan itu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Tahniah Pandelela Rinong kerana dinobatkan sebagai juara dalam acara 10 meter platform individu di Kejohanan Piala Dunia Terjun FINA di Tokyo, sebentar tadi.

"Anda sekali lagi membanggakan negara apabila menjadi atlet Malaysia pertama yang memenangi kejuaraan dunia ini!" tulisnya. - THE STAR

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain