suria

Langgar peraturan Covid-19: La Liga siasat Messi, pemain Barca berhubung penganjuran majlis makan tengah hari

Lionel Messi dikatakan menjadi tuan rumah kepada pertemuan tersebut. Foto: Getty Images

LIONEL Messi dan rakan sepasukan di Barcelona sedang disiasat oleh La Liga gara-gara satu pertemuan makan tengah hari di rumahnya di Castelldefels, awal minggu ini.

Pegawai tertinggi liga Sepanyol itu sedang melihat kemungkinan skuad Barca itu melanggar peraturan Covid-19.

Antara peraturan tersebut menyatakan bahawa hanya enam individu dibenarkan bertemu dalam sebuah majlis pada satu-satu masa.

Messi menjadi tuan rumah untuk pertemuan bersama rakan sepasukannya pada Isnin lalu, yang diadakan sebelum persiapan menghadapi perlawanan akhir minggu ini menentang Atletico Madrid.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pemain boleh dikenakan tindakan penalti jika mereka didapati bersalah kerana melanggar protokol penjarakkan sosial.

La Liga kini mengumpulkan lebih banyak maklumat mengenai pertemuan itu untuk menyiasat sama ada berlaku pelanggaran peraturan ketika pihak berkuasa sedang berusaha untuk mengekang penularan Covid-19. - Goal.com

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain