suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Messi, Neymar antara pemain bola yang bakal terima suntikan vaksin tak lama lagi

Lionel Messi (kanan) dan Neymar (kiri) menjadi antara ratusan pemain bola Amerika Selatan yang akan menerima vaksin Sinovac Biotech tidak lama lagi.

KEHADIRAN vaksin Covid-19 memberi sinar harapan bahawa dunia akan bebas pandemik tidak lama lagi.

Dalam perkembangan terbaharu, Lionel Messi dan Neymar menjadi antara ratusan pemain bola Amerika Selatan yang akan menerima vaksin Sinovac Biotech yang didermakan oleh China dalam tempoh beberapa minggu lagi.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Perkara itu didedahkan oleh Konfederasi Sepak Bola Amerika Selatan (Conmebol).

Penghantaran 50,000 dos vaksin tiba di Uruguayan, Montevideo pada Khamis lalu.

"Vaksin untuk bola sepak Amerika Selatan sudah tiba. Terima kasih Sinovac Biotech Ltd atas solidariti ini dan kerana memahami nilai sosial dan budaya yang sangat besar yang dimiliki bola sepak di negara-negara benua kita," kata presiden Conmebol, Alejandro Dominguez di Twitter. - globaltimes.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain