suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mohamed Salah dipilih terima anugerah Laureus Sporting Inspiration 2021

Salah mendedikasikan anugerah itu untuk semua peminat sukan lain di seluruh dunia.

BINTANG Liverpool, Mohamed Salah telah dipilih sebagai penerima anugerah Laureus Sporting Inspiration 2021.

Anugerah tersebut diberikan kepada organisasi atau atlet yang menggunakan platform mereka untuk memberikan sumbangan positif kepada masyarakat.

"Saya sangat bangga dipilih untuk menerima anugerah ini. 2020 adalah tahun yang sangat sukar bagi semua peringkat dan rata-rata orang di seluruh dunia.

"Sebahagian daripada kita terpisah daripada keluarga dan rakan bahkan kehilangan orang tersayang. Kita perlu belajar daripada pengalaman ini, saling menyokong dan lakukan yang terbaik untuk maju ke hadapan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Sering kali pemain bola sepak memenangi anugerah dan secara automatik mengucapkan terima kasih kepada peminatnya.

"Kali ini, saya akan mendedikasikan penghargaan ini, bukan hanya untuk peminat saya, tetapi juga untuk semua peminat sukan lain di seluruh dunia," katanya. - Liverpoolfc.com

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain