suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bintang Sheffield United, Oli McBurnie ditahan kerana kes pukul seorang lelaki

Penyerang Sheffield United, Oli McBurnie ditahan polis kerana memukul seorang lelaki dan merosakkan telefon bimbitnya.

PENYERANG Sheffield United, Oli McBurnie ditangkap kerana didakwa menyerang seorang lelaki dan menghancurkan telefon bimbitnya, menurut laporan.

Bintang bola sepak berusia 24 tahun yang juga bermain untuk Scotland itu dilaporkan ditahan semalam oleh Polis Yorkshire Utara.

Terdahulu, sebuah video tular di media sosial menunjukkan McBurnie mendekati seorang lelaki di jalan setelah namanya dipanggil.

Menerusi video tersebut, kelihatan pemain bola itu bersemuka sebentar dengan lelaki berkenaan, sebelum telefon bimbit milik mangsa jatuh ke tanah dan dipijak.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

McBurnie kemudian ditangkap polis selepas mangsa yang juga broker insurans, Elliott Wright, 21, melaporkannya kepada polis, lapor The Sun.

Wright mendakwa telah melihat McBurnie bertengkar dengan seorang wanita di jalanan.

"Dia kelihatan baik-baik saja pada mulanya. Dia berkata, letakkan telefon anda, letakkan telefon anda. Saya berkata: Mengapa? Mengapa saya mahu meletakkan telefon saya? Dan dia kemudian memukul saya," katanya. - Metro.co.uk

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain