suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suarez menangis buat video call selepas Atletico Madrid menang La Liga

Luis Suarez menangis ketika membuat panggilan video bersama keluarganya selepas kemenangan La Liga. foto La Liga TV

LUIS Suarez menangis ketika membuat panggilan video bersama keluarga dan rakan-rakannya selepas beliau menjaringkan gol ke-21 pada musim ini bersama Atletico Madrid dalam merangkul gelaran LaLiga.

Suarez yang dikejutkan apabila 'dikeluarkan' dari Barcelona pada musim panas lalu dan berhijrah ke Atletico Madrid menerusi perpindahan percuma.

Susulan itu, beliau akhirnya terbukti menentukan dalam saingan yang begitu sengit kali ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sebaik wisel penamat ditiupkan di Real Valladolid untuk mengesahkan Atletico sebagai juara, Suarez begitu emosi terkenangkan pasukan Barcelona.

"Barcelona tidak menghargai saya dan Atletico membuka pintu untuk saya," katanya.

"Saya akan sentiasa berterima kasih kepada kelab ini kerana mempercayai saya," tambah Suarez.

Pada Ahad, Atletico Madrid menang La Liga dan Luis Suarez memastikan kemenangan 2-1 mengatasi Real Valladolid. - Mail Online

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain