suria

Peninju muda maut diserang di New Zealand, 4 lelaki ditahan

Fau Vake bersama anak perempuannya yang berusia tiga tahun.

PEMERGIAN tragis peninju muda, Fau Vake pada minggu lalu ternyata mengejutkan ramai.

Peninju berusia 25 tahun itu didakwa meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian serangan di New Zealand.

Dia yang cedera parah berada dalam keadaan kritikal sebelum disahkan meninggal dunia.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurut kenyataan rasmi, dia meninggal dunia selepas tujuh hari menerima rawatan.

Dalam perkembangan terbaharu, empat lelaki didakwa di mahkamah pada minggu ini, dipercayai ada kaitan dengan serangan itu.

Teman wanita Vake, Christina Williams turut memuat naik posting duka di media sosial berhubung pemergian mengejut itu.

Pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun. - Daily Star.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain