suria

Gempar Zidane letak jawatan pengurus Real Madrid serta-merta

Zinedine Zidane membuat keputusan untuk meletakkan jawatan pengurus Real Madrid, serta-merta. foto EPA

ZINEDINE Zidane memilih untuk meletakkan jawatan sebagai pengurus Real Madrid, serta-merta.

Ia susulan kegagalan Real Madrid untuk merangkul gelaran La Liga, hujung minggu lalu.

Sebaliknya pencabar terdekat mereka, Atletico Madrid berjaya bergelar juara La Liga.

Awal bulan ini, Sportsmail melaporkan bahawa Zidane akan berundur dari kelab gergasi Sepanyol itu tanpa mempedulikan sama ada mereka memperoleh gelaran itu atau tidak.

Beliau membuat keputusan itu setelah beberapa lama merasakan dirinya tidak mendapat sokongan Presiden Real Madrid, Florentino Perez.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Media Sepanyol, AS melaporkan Zidane telah memaklumkan kedua-dua pengarah kelab dan skuad pertama berhubung keputusan itu.

Pengurus kelahiran Perancis itu mengendalikan kelab berkenaan selama dua musim sejak 2016, dan kelab itu memenangi tiga gelaran Liga Juara-Juara.

Zidane dijangka menjadi sasaran untuk Juventus atau skuad kebangsaan Perancis susulan tindakannya keluar dari Bernabeu. - Mail Online

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain