suria

Usain Bolt kongsi gambar pertama puteri sulung... nama diberi cukup unik!

Bolt perkenalkan puteri sulungnya menerusi Instagram.

LEGENDA pecut dunia, Usain Bolt berkongsi gambar pertama bayi perempuannya bersama pasangan, Kasi Bennet menerusi Instagram.

Bekas pelari pecut Jamaica itu turut mendedahkan nama puterinya, Olympia Lightning Bolt.

Atlet Olimpik yang telah bersara itu menyambut kelahiran bayi perempuannya pada Mei lalu.

Usain, 33, menulis dalam catatan Instagram: "Saya ingin mengucapkan selamat ulang tahun kepada teman wanita @kasi.b dan mahu kamu tahu bahawa saya gembira dapat menghabiskan hari istimewa ini dengan kamu.

"Saya tidak mahu apa-apa selain kebahagiaan untuk kamu dan akan terus berusaha sebaik mungkin untuk memberikan senyuman di wajahmu.

"Kini kita telah memulakan babak baru bersama-sama dengan anak perempuan kita, Olympia Lightning Bolt. Selamat ulang tahun ke-21."- Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain