suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rodriguez dalam radar Manchester United

Masa depan Rodriguez bersama Real Madrid terus samar.

KELAB Machester United kini mengintai potensi untuk mendapatkan James Rodriguez selepas penyerang itu enggan menyertai skuad Real Madrid bertandang ke Athletic Bilbao.

Rodriguez yang tampil 14 kali dalam aksi perlawanan musim ini dikaitkan akan berhijrah dari Bernabeu.

Menurut laporan Marca, Los Blancos cuba untuk menjual pemain antarabangsa Colombia itu dengan harga 22.5 juta paun (RM127.27 juta).

Spekulasi itu semakin kemuncak dalam skuad Zinedine Zidane itu selepas masa depan samar Rodriguez di Bernabeu.

"Dia ingin diketepikan kerana alasan sendiri. Alasannya hanya di antara kami dan saya tidak akan memberitahu lagi," jelas Zidane.

Sebelum ini Rodriguez memberitahu stesen TV negaranya bahawa tidak ada sebarang masalah di antara dia dan Zidane. Jurulatih itu adalah kesukaannya.

"Hubungan kami normal. Tidak adil bagi saya jika untuk tidak menghormati seseorang itu apabila dia tidak memilih pemain."

Selain United, Rosriguez juga menjadi pilihan kelab Everton sekaligus kembali bekerjasama dengan Carlo Ancelotti. -Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain