suria

Bartomeu yakin Messi akan tamat karier di Barcelona

Kontrak Messi bersama Barcelona bakal berakhir tahun 2021.

PRESIDEN Barcelona Josep Maria Bartomeu memberitahu kapten Lionel Messi akan menamatkan kariernya di kelab Catalan sekaligus menutup spekulasi pemain itu tidak akan menyambung kontrak.

"Messi memberitahu dia akan mengakhiri kariernya dan kehidupan bola sepak di Barca.

"Saya tidak akan menjelaskan lebih daripada ini kerana kami sedang fokus terhadap perlawanan dan perbincangan dengan pemain-pemain.

"Tetapi Messi telah menjelaskan kepada kami bahawa dia mahu berada di sini dan kami sangat gembira," ujarnya.

Kali terakhir pemain berusia 33 tahun itu menyambung kontraknya pada tahun 2017 dan dia dilihat lebih terbuka mengkritik terhadap pengurusan tertinggi kelab tahun lalu.

Khamis lalu, Messi bercakap di radio Cadena Ser berkata, dia tidak gembira bagaimana Barcelona diuruskan dan mahu meninggalkan kelab tahun hadapan sebaik sahaja kontraknya berakhir.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain