suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penjaga gol remaja, Ivan Zaborovsky koma disambar petir ketika berlatih

Ivan Zaborovsky dilaporkan koma selepas mengalami kecederaan akibat dipanah petir. Foto: Givemesport

PENJAGA gol FC Znamya Truda, Ivan Zaborovsky, mengalami insiden mengerikan apabila dia disambar petir ketika sedang menjalani latihan baru-baru ini.

Akibat insiden tersebut, bintang remaja Rusia berusia 16 tahun itu dilaporkan koma.

Rakaman mengerikan itu menunjukkan saat Zaborovsky sedang berlatih secara berasingan dengan rakan sepasukannya, di mana dia sempat menendang bola dari kawasan kotak penalti selepas disambar oleh kilat tersebut.

Asap hitam turut kelihatan sejurus selepas itu dan remaja itu rebah ke tanah.

Menurut Russia Today, jurulatih serta rakan sepasukan Zaborovsky terus berlari ke arahnya dan pasukan paramedik turut bergegas memberikan pertolongan cemas sebelum remaja itu dibawa ke hospital. - Givemesport.com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

penjaga gol, petir, koma, berlatih

Artikel Lain