suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Guardiola dedah Messi tiada dalam perancangan Manchester City

Guardiola berpendapat supaya Messi kekal di Barcalona.

PEP Guardiola menjelaskan Manchester City tidak ada perancangan untuk mendapatkan khidmat Lionel Messi.

Pemain antarabangsa Argentina dan kapten Barcelona itu dikaitkan akan berpindah dari Bernabeau selepas kontraknya berakhir musim depan.

Guardiola dan Messi pernah bekerjasama di Barca selama empat tahun sebelum ini yang menjadikan mereka dua ikon penting di Catalan ketika itu dengan menjulang dua kali Liga Juara-Juara serta tiga trofi La Liga.

Bagaimanapun jurulatih kelahiran Sepanyol itu menafikan khabar angin perpindahan Messi ke Liga Perdana.

"Seperti yang saya katakan sebelum ini, kami akan bercakap mengenai perpindahan pemain selepas tamat musim dan buat masa ini tidak akan bercakap apa-apa.

"Tetapi bagi pilihan saya supaya Messi kekal di Barcelona," jelasnya. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain