suria

Lebih 1,000 pelajar IPT bakal gamatkan PUBG Mobile Campus Championship 2021, rebut hadiah keseluruhan RM60,000

Yoodo bekerjasama dengan PUBG Mobile dengan menganjurkan kejohanan bagi pelajar pengajian tinggi.

YOODO sekali lagi bekerjasama dengan PUBG Mobile untuk menganjurkan PUBG Mobile Campus Championship (PMCC) edisi 2021 dengan hadiah keseluruhan RM60,000 untuk dimenangi!

Kejohanan khas untuk pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) ini turut disokong oleh rakan telefon pintar rasmi, Xiaomi; rakan rasmi, Viu, dan rakan corn strips rasmi, Mission Foods.

PMCC 2021 dijangka menarik penyertaan lebih 1,000 pelajar kolej dan universiti dari seluruh Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: PUBG MOBILE National Championship kembali dengan hadiah tunai RM100,000! Peluang ke PMPL MY/SG S4 turut terbuka

Mereka akan bertarung dalam pertempuran maya yang penuh aksi untuk merebut hadiah wang terkumpul serta slot wildcard automatik ke PUBG Mobile National Championship (PMNC) 2022.

“Kami berbesar hati dapat melancarkan PMCC 2021 bersama PUBG Mobile dan rakan-rakan rasmi untuk menyokong bakat muda tempatan.

“Walaupun kita masih lagi berhadapan dengan cabaran pandamik ini, e-sukan secara uniknya telah membuktikan bahawa ia bukan sahaja mampu bertahan, malah terus berkembang dengan pesat.

Sebagai peneraju syarikat telekomunikasi digital di Malaysia yang sentiasa ingin mencungkil bakat baharu, Yoodo sedia melakukan inisiatif untuk memartabatkan komuniti e-sukan serta bakat-bakat baharu ke peringkat lebih tinggi.” kata Chow Tuck Mun, Ketua Yoodo.

“Kami sangat teruja untuk membawakan aksi-aksi hangat PUBG Mobile kepada pelajar-pelajar Malaysia bersama rakan kami, Yoodo.

“Kami bangga dapat bekerjasama dengan Yoodo untuk melancarkan PMCC 2021 dan kami mengharapkan satu lagi kejohanan yang menarik dan berjaya tahun ini.” ujar Gaga Li selaku Ketua Esports Tencent Malaysia.

Sementara itu, para gamer yang terdiri daripada pelajar akan bertarung dalam di medan pertempuran melalui sesi kelayakan yang akan berlangsung di antara 30 Oktober hingg 14 November 2021.

Lima pasukan yang layak akan terus bertarung mengikut zon-zon seperti kawasan tengah (Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya), selatan (Melaka Negeri Sembilan, Johor), utara (Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Perak), timur (Kelantan, Terengganu, Pahang) dan borneo (Sabah, Sarawak Labuan).

Dari sini, 16 pasukan teratas dan terbaik negara akan bertempur di pertandingan akhir PMCC 2021 pada 20 - 21 November 2021.

“Pada tahun-tahun sebelum ini, PMCC mendapat sambutan dan sokongan luar biasa dari seluruh pelosok negara,”

“Kami bangga dapat mengembalikan kejohanan yang disukai oleh pelajar Malaysia dan menjadikan e-sukan lebih kompetitif dan lebih mudah diakses oleh bakat muda bersama rakan kongsi berprestij Tencent dan XiaoMi.

"Kami tidak sabar untuk menyaksikan pertempuran yang sengit di antara peserta-peserta untuk merebut gelaran juara PMCC 2021!” tambah Tuck Mun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain