suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak Malaysia sebahagian daripada pasukan menang lebih RM21 juta di kejohanan The International 10

Cheng Jin Xiang dan pasukan PSG.LGD membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah lebih RM21 juta.

SEORANG anak muda berusia 20 tahun merupakan sebahagian daripada pasukan yang memenangi tempat kedua dalam kejohanan The International 10 Defense of the Ancients (Dota 2), yang meraih wang tunai berjumlah AS $ 5,202,400 (RM21.7 juta).

Cheng Jin Xiang bermain sebagai NothingToSay untuk pasukan PSG.LGD yang berpangkalan di China, tewas kepada pasukan Team Spirit yang berpangkalan di Moscow dalam kejohanan yang diadakan pada 17 Oktober di Romania.

Pengarah Komunikasi Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF), Muhammad Farouq Abdul Patah, berkata kejayaan Cheng menduduki tempat kedua dalam pertandingan bertaraf antarabangsa itu bukanlah satu pencapaian yang mudah.

"Ini juga pertama kalinya Cheng bermain di kejohanan itu dan kita harus berbangga dengan pencapaiannya," katanya.

Selain Cheng, pemain Malaysia lain yang turut serta dalam kejohanan itu termasuk Thiay "JT-" Jun Wen dan Chan "Oli" Chon Kien yang bermain untuk Invictus Gaming yang berpangkalan di China.

Pasukan tersebut mendapat tempat tempat keempat serta memperolehi hadiah wang tunai bernilai lebih AS $ 2.4 juta (RM10 juta).

Sementara itu Ng "ChYuan" Kee Chyuan yang bermain untuk pasukan yang berpangkalan di United Kingdom, Fnatic pula yang memenangi AS $ 800,400 (RM3.3 juta) setelah memungut mata yang sama dengan dengan tiga pasukan lain (tempat ke 9-12).

Juara kejohanan tersebut, Team Spirit membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah lebih $ 18 juta dolar (RM75 juta).

TI 10 menawarkan hadiah lebih dari $ 40 juta dolar (RM166 juta). - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain