suria

Please Sponsor Us ungguli UniPin Ladies Championship... peserta wanita percaya e-sukan boleh jadi kerjaya!

Pasukan Please Sponsor Us dinobatkan sebagai juara bagi Kejohanan UniPin Ladies MY/SG

KEJOHANAN UniPin Ladies MY/SG sudah melabuhkan tirainya pada 10 Oktober lalu.

Pasukan Please Sponsor Us (PSU) telah dinobat sebagai juara dalam kejohanan tersebut manakala Rose Ophilea menjadi naib juara.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua influencer e-sukan Malaysia sokong UniPin Ladies Championship MYSG

ARTIKEL BERKAITAN: Terbesar di Malaysia! UniPin Ladies Championship memperkasakan wanita menerusi pertandingan

Danielle Tay Yanling atau YumekoxBush, 19, menjadi salah satu pemain penting dalam memastikan pasukannya PSU menjadi juara.

Yumeko yang berasal dari Singapura itu berkata dia berjinak-jinak dalam e-sukan sejak tahun 2016 lagi.

Pemain muda itu turut menceritakan pengalaman menyertai Kejohanan Unipin Ladies MY/SG sehingga pasukannya mampu bergelar juara.

"Saya berasa seronok dapat bersaing dengan pasukan terbaik dan dapat bertemu rakan baru sepanjang kejohanan berlangsung.

"Sekiranya eSports adalah kerjaya saya, saya sangat senang untuk melakukannya," katanya kepada mStar.

Tambah Yumeko dia tidak sangka bahawa pasukannya mampu menjadi juara dalam kejohanan yang besar seperti ini.

"Saya tidak fikir pasukan saya akan berjaya sejauh ini kerana kami semua sibuk dan mempunyai kekangan masa.

"Saya rasa kami bernasib baik, pertemuan final dengan Rose Ophelia bukan perlawanan yang mudah dan ia sangat mendebarkan." ujarnya.

IMG_6566

Yumeko salah seorang pemain Please Sponsor Us

Sementara itu, Izyan Farhah atau Luna, 22, wakil daripada Rose Ophelia berkongsi pandangan tentang komuniti wanita dalam bidang esukan tidak seaktif seperti komuniti esukan lelaki.

"Saya rasa perkembangan esukan wanita kini amat mengagumkan apabila lebih ramai wanita berminat untuk menyertainya.

"Saya juga berharap komuniti wanita dalam Mobile Legend Bang Bang (MLBB) di Malaysia dapat meningkat sama tinggi dengan komuniti lelaki.

"Pemain wanita juga layak mendapat tempat untuk memanfaatkan potensi sebenar mereka dalam bidang esukan," katanya.

Izyan turut berkongsi bahawa Vivian dan Caramel (pemain esukan dari Indonesia) menjadi idolanya dalam bidang ini dan percaya bahawa esukan ini mampu menjadi sebuah kerjaya.

Pemain itu turut percaya bahawa bidang esukan ini boleh dijadikan sebagai kerjaya seseorang.

"Sama seperti sukan-sukan lain, saya percaya esukan juga boleh dijadikan kerjaya jika seseorang itu mempunyai keazaman dan konsistensi dalam dunia esukan." ujarnya.

jjj

Izyan merupakan pemain bagi pasukan Rose Ophilea

Yumeko dan Izyan masing-masing memainkan peranan penting dalam pasukan sendiri sehingga mampu melayakkan diri ke peringkat akhir.

Namun, tuah lebih berpihak kepada PSU setelah berjaya menewaskan Rose Ophilea pada perlawanan yang cukup sengit.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain