suria

Terbesar di Malaysia! UniPin Ladies Championship memperkasakan wanita menerusi pertandingan

Kejohanan E-Sukan wanita terbesar di Malaysia, UniPin Ladies Championship bakal berlangsung Oktober ini

BAGI meraikan kebangkitan pemain permainan video wanita di seluruh dunia, UniPin dengan bangganya mempersembahkan UniPin Ladies Championship, kejohanan E-Sukan wanita terbesar di Malaysia.

Sebagai kejohanan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) khas wanita pertama dengan kelayakan seluruh Asia Tenggara, UniPin Ladies Championship yang bakal dianjurkan bertujuan memupuk pertumbuhan komuniti permainan video wanita di rantau ini, dengan mewujudkan persekitaran E-Sukan yang sihat dalam ruang lingkup pesaingan kompetitif.

Kejohanan MLBB khas untuk wanita ini dijadual berlangsung bermula September hingga Oktober 2021.

ARTIKEL BERKAITAN: UniPin bekerjasama dengan Genshin Impact kukuhkan pasaran di Asia Tenggara

Sementara itu, peringkat kelayakan untuk 16 pasukan terpilih akan berlangsung pada 8 dan 9 Oktober 2021.

Pasukan yang layak akan berdepan sesama sendiri pada pusingan akhir yang bakal berlangsung pada 10 Oktober 2021.

Menerusi pusingan ini, dua pasukan terbaik akan mewakili Malaysia untuk UniPin Ladies SEA Invitational.

Kesemua 16 pasukan akan bertanding untuk merebut hadiah keseluruhan berjumlah RM2,000.

unipin 1

Antara pasukan baharu yang akan bersaing di UniPin Ladies Series 2021

Pasukan yang muncul sebagai tempat pertama bakal menerima RM1,000 dan tempat kedua serta ketiga masing-masing menerima RM500 dan RM350.

Sementara itu, MVP UniPin Ladies Championship bakal menerima bonus sebanyak RM150.

Beberapa nama yang dikenali dalam dunia E-Sukan seperti Iera Tajudin, Syahz Razak, Hawkeye Gaming, dan ramai lagi turut bekerjasama dalam memberikan hebahan terhadap acara ini.

Naib Presiden Kanan Komuniti UniPin, Debora Imanuella berkata acara ini penting untuk mewujudkan platform bagi pemain permainan video wanita pada masa akan datang menerusi pesaingan E-Sukan yang kompetitif.

“Menerusi UniPin Ladies Championship, kami berhasrat untuk memperkasakan wanita dengan menyediakan platform yang selamat untuk mereka meningkatkan keyakinan diri menerusi pertandingan.

"Platform ini merupakan tempat yang tepat bagi menunjukkan gadis yang bermain permainan video turut mempunyai kemahiran, sama seperti pemain permainan video lelaki,” katanya.

unipin 2

Icel, pemain baharu yang akan beraksi di UniPin Ladies Series 2021

Disebabkan kejohanan wanita semakin meraih populariti sejak beberapa tahun kebelakangan ini, UniPin Ladies Championship pastinya menjadi salah satu acara terbesar yang dinanti-nantikan pada tahun 2021.

Semua perlawanan UniPin Ladies Championship boleh distrim menerusi akaun YouTube UniPin Gaming.

Untuk maklumat lanjut, boleh dilayari di www.seaca.gg atau akaun Instagram @unipinladiesseries.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain